Outing ;)

Hoi-2, korang nak tahu tak? Hehe, semalam elyn pergi Nilai 3. Kitorang cari carpet baru. Hehehe, lepastu balik balik je kitorang tengok nada cinta. Then tetiba abah cakap siap-2 lah nak pergi kawan abah punya rumah, dia buat open house deepavali kan. Then dah makan-2 sembang-2 balik rumah. Lepastuu, dah balik rumah tuu lepak-2 dekat rumah kejap. Sebab lepastu nak pergi downtown, tetiba mama tanya *hazbi nak ikut tak?* elyn pun tanya lah hazby. Tapi hazby cakap taknak taknak taknak. Dia malu, lepastu kitorang tunggu dekat bawah rumah dia. Dia macam tak percaya je kan kitorang ada dekat bawah rumah dia. Hihi, dia call dia tanya serious ke ni? elyn cakaplah serious lah kitorang dekat bawah ni, then dia suruh ckp dengan mak dia. Elyn cakap jelah, mak dia bagi. Time tu malam dalam pukul 11 kot. Lepastu gerak pergi downtown. Hehe, beli itu beli ini. And mama belikan kitorang jam, sama tau. Shoo shuwit. Thanks maa :) Dah pukul 1 suku. Perut pun lapar, lepak dekat SK corner kejap, bantai maggie goreng. Heheh, dah kenyang chow lah balik rumah. Balik rumah tu, elyn dengan hazby on call sampai pukul 530. Tu yg bangun pukul 12. And harini keluar lagi dengan mama, mama tak kerja, kitorang nak keluar. Mula-2 plan nak pergi karaoke and ts. Last last bangun pukul 12 semuanya. So, kitorang pun siap-2 nak keluar. Tak jadi lah pergi karaoke. Ajak hazby, amek dia dekat rumah. Pergi makan dekat Shah Alam. Then ingat nak pergi TS. Tapi jam gila. Pergilah kitorang ke sunway. Hihi, sampai sunway. Jalan-2 jap, pastu pergi solat, and then pergi main bowling. Haha, dah la elyn tk reti main. Main macam taik je, semua nak suruh hazby ajarkan. Hehehe, asyik ke longkang jee. Haha, kelakar doe. Yang ashi pulak, bajet terar je. Padahal hampehh, yang paling powerkan. Hubby kitalah, hehe. Asyik strike jee, hihi. Tidak menyangka :P Dah main-2 tuu, masa untuk pulang. Hehe, balik tuu hantar hazby balik rumah and kitorang pun pulang. Hehe, so sekarang ni elyn baru sampai dekat rumah. Hihi, kitorang jalan-2 ni abah tak ikut pun, abah kerja. Hoho, so enjoyy :P Best gila oh, apa lagi dapat keluar dengan hazby kite. Lagilah best kan, heeeee. Thankyou mama iloveyou! Nanti kita jalan-2 ajak hazby lagi tau. Hehehe okaylah byee!

Mood: Happy sangat :*

ThankYouu For Reading.