Dinner with my big family

Hey y'all. Elyn baru balik dinner ni. Dinner dekat GroupBase Damansara. Kenyang gila, hihi.
Elyn pergi dengan my big family, family acik acu and family elyn. Memang bising gila lah kan anak-2 dia orang. Suka buat kacau gituuu --'

Hehehe, dari rumah tadi. Mama elyn nana pergi rumah acik. Ingat an nak naik kereta acu tu. Tpi acu pulak tak ada. Hampeh punya acu. Haha :P Lepastu acik pula naik kereta kitorang. Dahla naik civic je kan. Memang penuh lah cerita dia. Dengan anak acik, adriana amanda tu melalak dalam kereta. Muka je comel. Tapi kuat menangis. Haha, jahatnyaa mengata orang. Biasalah kan menangis-2 tu, budak kecik ah katakan.

Separuh jalan, mama suruh acu tunggu dekat station minyak apa entah. Then elyn nana dengan ryan naik kereta acu. Lagi lah bising, si ryan jumpa dengan uwais jumpa lagi dngan qaysara. Amoi kemain bising lagi dorang yee. Hesh, lepastu grak sampai lah dekat groupbase tuu.
Lapaq dah ni. Tunggu punya tunggu punya tunggu. Makanan pun sampai, makan sambil tengok bola. Kesian keeper vietnam tuh, asyik cedera je kan. Nasib tak patah pinggang dengan leher. Hehehehe.

Lepas dah cekik darah, kitorang pun balik. Macam biasalah, dalam kereta dengan suasana yang amat genting apabila kanak-2 ribena memekak dekat belakang. Fuhh boleh pecah dooe gegendang telinga ni. Haha, sengal je. Balik-2, nana pun tidur, semua orang dah tidur. Tinggal lah elyn sorang yang tak tidur lagi. Sebab elyn ada acara ni. Acara bergayut dekat dahan sampai patah. Nak kena cari dahan yang kuat and besar sikit supaya boleh gayut lama lama. Hehe, k lah. Elyn nak sambung upload video dekat photobucket eyka lagi. Lama gila tahu. Byee

ThankYouu For Reading.